JAIS akan promosi inovasi dan integriti sebagai budaya kerja

0

SANTUBONG: Jabatan Agama Islam Sara-wak (JAIS) akan mempromosikan inovasi dan integriti sebagai budaya kerja di jabatan berkenaan.

Pengarah JAIS Abang Shamsuddin Abang Seruji berkata satu daripada caranya ialah untuk melahirkan kumpulan pekerja yang kreatif dan inovatif (KIK) dalam jabatan berkenaan.

Menurutnya, fungsi utama KIK adalah untuk menjana idea baru bagi mambantu memantapkan sistem perkhidmatan kepada pelanggan.

Beliau bagaimanapun menasihati kumpulan itu agar tidak terlalu mengikut perasaan semasa menjalankan tanggungjawab sehingga ingin         menerapkan idea baru di setiap jabatan.

“Tanpa sebarang sasaran, ia akan menimbulkan salah faham kepada jabatan berkenaan kera-na terlampau banyak benda hendak diutamakan.

“Dalam JAIS, kita hanya fokus kepada satu perkara, iaitu yang berkaitan dengan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penangguhan Hari Inovasi dan Integriti JAIS 2010 yang diadakan di sebuah pusat peranginan di sini      semalam.

Majlis itu dihadiri 240 peserta, kebanyakannya kakitang JAIS dan Majlis Islam Sarawak (MIS).

Abang Shamsuddin berkata, satu daripada perkara yang harus diutamakan oleh kumpulan itu ialah tentang pengurusan dan peranan masjid serta surau di negeri ini.

Beliau menekankan, institusi itu amat penting kepada umat Islam bagi membolehkan JAIS menjalankan peranan yang lebih berkesan ke-pada masyarakat Islam.

Abang Shamshudin, yang sebelum ini adalah Residen Sri Aman turut berharap agar usaha JAIS memperoleh pensijilan ISO dalam perkhidmatannya akan berjaya.

Katanya, kejayaan jabatan itu mendapat pengiktirafan pensijilan menandakan permulaan baru kepada jabatan itu yang telah mencapai tahap kualiti dalam perkhidmatannya.

Beliau percaya kegagalan kakitangannya menjalankan tanggungjawab akan mencemarkan nama jabatan itu.

“Penghakiman terhadap kita adalah berdasarkan pandangan ramai, iaitu kod dan etika kita, jika kita patuh kepada carta pelanggan, orang ramai tidak akan memandang rendah kepada kita,” jelas beliau.

Abang Shamsuddin kemudian menyerahkan sijil halal kepada One Hotel Santubong.

Terdahulu peserta diperdengarkan dengan ceramah daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis perasmian penutupan majlis itu dilakukan oleh Presiden MIS Datu Putit Matzen pada majlis makan malam, semalam.

Hari ini peserta akan menyertai pelbagai aktiviti sukan sebelum menamatkan sambutan hari itu petang ini.