Karnival jualan Malaysia – YES berlangsung selama 44 hari

0

MIRI: Jualan Hujung Tahun Malaysia atau Malaysia – Year End Sales (M-YES) peringkat negeri Sarawak kali ke-10 yang dilancarkan malam Jumaat, akan berlangsung selama 44 hari.

Pelancaran yang berlangsung di kompleks beli-belah Bintang Megamall di sini, telah disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Datuk Talib Zulpilip serta diserikan dengan pertunjukan fesyen dan persembahan daripada penyanyi irama Malaysia popular Noraniza Idris.

Jualan murah seluruh negara sempena M-YES telah dimulakan pada 20 November sehingga 2 Januari tahun depan itu dianjurkan oleh Pelancongan Malaysia.

“Kita berharap lebih ramai pelancong dari Brunei Darussalam akan membeli-belah di sini (Miri) sepanjang karnival ini dalam usaha meningkatkan perolehan pendapatan dan ekonomi negeri.

“Usaha kerajaan membangun negara sebagai destinasi beli-belah yang popular harus dibanggakan. Sokongan dari rakyat penting demi pembangunan industri pelancongan tempatan,” jelasnya.

Pada tahun lalu seramai 1,061,375 penduduk Brunei datang ke negeri ini khasnya Miri untuk membeli-belah.

Karnival jualan ini disertai oleh sebanyak 3,829 outlet di seluruh negara di mana jumlah penyertaan akan bertambah setiap kali kempen jualan murah dianjurkan.

Penga r ah Pe l anc onga n Sarawak Ahmad Johanif Mohd Ali memberitahu, pelancaran di Bintang Megamall kelmarin adalah yang kedua dianjurkan sempena sambutan perayaan Hari Krismas dan memeriahkan aktiviti sambutan tahun baru 2011.

Menurut Johanif, jumlah kedatangan pelancong ke negara ini semasa M-YES meningkat dengan statistik 6.27 juta orang pada tahun 2009 iaitu peningkatkan 9.5 peratus berbanding 5.72 juta orang pada tahun sebelumnya.

“Pelancong telah berbelanja sejumlah RM15. 1 billion semasa kempen ini pada tahun lalu.

Pemilik kad kredit MasterCard dari Malaysia dan luar negara berbelanja sejumlah RM233 juta semasa minggu pertama karnival ini iaitu peningkatan 37 peratus (RM170 juta) pada tahun lalu,” jelasnya.