Monday, November 18

‘Pokok’ Krismas cetus kemarahan

0

Tindakan NGO bina pokok Krismas dengan tin minuman keras bangkit rasa marah penganut Kristian

Jimmy ANYE

SIBU: Kewujudan sebuah ‘pokok’ Krismas yang didirikan menggunakan susunan tin minuman keras pada pertan-dingan pokok Krismas yang sedang rancak berlangsung di sini, telah menimbulkan kemarahan penganut Kristian       di bahagian ini.

Susunan pokok Krismas itu yang didirikan menggunakan tin minuman keras atau bir yang berwarna hijau itu, seolah-olah memperlekehkan kesucian     agama Kristian dan ia boleh     menimbulkan isu yang sensitif  kepada masyarakat khusus-     nya penganut.

Seharusnya, pokok Krismas adalah pokok yang dianggap suci dan tidak patut dihiasi serta disusun dengan minuman keras, demikian menurut seorang penganut Kristian di sini, Jimmy Anye Imang.

Beliau yang membidas tindakan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendirikan pokok Krismas menggunakan tin minuman keras itu dianggap ke-terlaluan dan boleh mencemarkan kesucian agama Kristian.

“Tindakan terbabit seharusnya tidak wajar dilakukan oleh pertubuhan terbabit yang menyertai pertandingan itu dengan menggunakan tin minuman keras untuk mendirikan pokok Krismas mereka.

“Kalau mereka (NGO ber-kenaan) menggunakan alternatif lain seperti tin minuman ri-ngan, ia tiada masalah dan saya tidak membantah,” katanya.

“Ini menggunakan tin mi-numan keras dan ia tidak baik untuk erti sebenar perayaan Hari Krismas,” ujarnya kepada Utusan Borneo di sini, petang semalam.

Beliau memberitahu, pe-rayaan Hari Krismas ini tidak seharusnya dikaitkan dengan minuman keras dan Hari Krismas juga mempunyai pengertian yang besar kepada umat Kristian sekali gus tindakan terbabit mencemarkan agama Kristian.

“Selain itu, tindakan terbabit turut menyampaikan mesej yang tidak baik kepada masya-rakat yang boleh memberi      pandangan negatif terhadap perayaan Hari Krismas dan  agama Kristian,” tegasnya.

Menurut Jimmy, beliau sa-ngat terkejut dan berasa kecewa terhadap tindakan NGO itu semasa pergi melihat pertandi-ngan tersebut bersama keluarganya pada petang Isnin lepas.

Jelasnya, beliau serta peng-anut agama Kristian yang lain semasa menyaksikan pertan-dingan itu turut berasa terkilan dan kesal dengan tindakan NGO terbabit.

“Saya tidak faham kenapa pihak penganjur membenarkan serta menerima penyertaan NGO terbabit yang menggunakan cara susunan tin minuman keras untuk mendirikan pokok Krismas.

“Sedangkan iklan minuman keras dan rokok di negara kita pun turut diharamkan dan ini-kan pula minuman keras untuk tontonan khalayak ramai,”      katanya.

“Saya berharap serta merayu kepada NGO terbabit akan  menarik diri daripada menyertai pertandingan tersebut ataupun mencari alternatif lain jika ingin meneruskan pertandingan tersebut.

“Jika mereka tidak mahu memohon maaf dengan peng-anut agama Kristian di sini secara terbuka, sekurang-kurangnya mereka mengambil tindakan untuk menukar pokok Krismas itu kepada cara lain,” tambah beliau lagi.

Sebanyak 11 NGO serta sebuah pusat tuisyen di sini te-lah menyertai pertandingan pokok Krismas itu yang di-adakan dari 12 hingga 31 Di-sember ini dan pokok yang bertanding dipamerkan di  Dataran Bandar Sibu Fasa I untuk tontonan ramai sepanjang tempoh tersebut.