Sekolah rendah Cina tidak kekurangan guru

0

KUCHING: Sekolah rendah Cina tidak meng-alami kekurangan guru, kata Pengerusi Per-sekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Cina Bahagian Kuching dan Samarahan Liu Thian Leong.

Beliau mengetepikan kebimbangan bahawa tiada sebarang masalah ketika ini walaupun difahamkan terdapat kekosongan jawatan guru besar di lapan sekolah rendah Cina pada tahun lepas akibat persaraan guru-guru terbabit.

Jabatan Pelajaran sedang meneliti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan itu.

Saya berharap kekosongan itu dapat diisi sebelum musim sekolah bermula,” katanya.

Selain itu, Liu menggesa guru besar dan ahli jawatankuasa pengurusan sekolah untuk melihat kekosongan itu dengan memiliki keboleh-an berbahasa Mandarin atau tidak.

Beliau berkata, polisi sekarang menyatakan bahawa guru yang mengajar darjah satu dan dua sekolah rendah Cina harus pandai ber-bahasa Mandarin.

Walapun ada beberapa kes yang mempunyai guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin di sekolah rendah Cina telah dilaporkan, Liu mengingatkan guru besar agar berwaspada pada setiap masa dalam menangani apa jua masalah.