Bank Rakyat serah cek khairat kematian kepada waris pemegang Kad Kredit-i

0

SIBU: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) Cawangan Sibu telah menyampaikan cek khairat kematian berjumlah RM1,000 kepada seorang waris pemegang Kad Kredit-i bank tersebut pada satu majlis ringkas, semalam.

Cek tersebut diserahkan oleh Ketua Bank Raykat Wilayah Sarawak Sheikh Yahaya Ahmad kepada Syaripah Hilimah Wan Sakaran di pejabat Bank Rakyat di sini.

Hadir sama ialah Pengurus Bank Rakyat Cawangan Sibu Zabidah Abu Bakar.

Menurut Sheikh Yahaya, khairat kematian merupakan salah satu daripada keistimewaan Kad Kredit-i, selain perlindungan Takaful yang diberikan secara percuma kepada pemegang kad.

Selain itu katanya, mata ganjaran turut diberikan bagi setiap RM10 penggunaan dan mata tersebut akan ditukarkan kepada tunai dan akan digabungkan bersama Tabung Umrah/Percutian.

“Pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat sememangnya menikmati pelbagai keistimewaan selaras dengan slogan kad ini iaitu ‘pakai dapat duit, bayar dapat duit, mati tidak perlu bayar, waris dapat duit’,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Kredit-i, sila hubungi Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03-26936880 atau layari www.irakyat.com.my.

Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai 126 cawangan dengan lebih 400 mesin ATM dan mesin deposit tunai (CDM) serta 23 Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.