Bumble Bee juara futsal di Lundu

0

LUNDU: Pasukan Bumble Bee Saberkas muncul juara kejohanan Futsal Lundu 2011 (kategori wanita) setelah menewaskan Salara FC dengan 2-0 pada perlawanan akhir di Gelanggang Futsal Lundu, di sini semalam.

KAMI JUARA: Haron (kiri) bergambar dengan pemain-pemain Bumble Bee Saberkas. Turut kelihatan Hadi (kanan). — Gambar Penerangan

Kedua-dua jaringan itu masing-masingnya disempurnakan oleh Ivy Jane Gale dan Zarith Zarina Mozuri untuk kemenangan bergaya pasukan mereka.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Kuching dengan kerjasama Majlis Daerah Lundu sempena Karnival Mesra Belia 1Sarawak bagi kawasan N3 Tanjung Datu.

Pengurus pasukan Bumble Bee, Hadi Mat berkata semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi telah membawa kejayaan pasukannya muncul juara.

Pasukan Bumble Bee membariskan pemain-pemain yang terdiri daripada Rozawati Hipenie, Zurazwin Haili, Rohani Bawi, Ivy Jane Gale, Noorasfarina Abdullah, Anis Arisah Sajeli, Zarith Zarina Mozer dan Rosita Nawar.

Bagi kategori lelaki, pasukan Spextra muncul sebagai juara setelah menewaskan pasukan PBB Tanjung Datu menerusi penentuan sepakan penalti 2-0.

Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Lundu, Haron Mahidi.