Baru sekadar cari jalan keluar

0

Beliau beri pelbagai alasan untuk elak daripada berdebat dengan Adenan

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian yang memberi pelbagai alasan berhubung perdebatan terbuka itu disifatkan sebagai sekadar mencari jalan keluar daripada berdebat dengan Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Baru kini kecut dan takut untuk berhadapan dengan Adenan.

Adenan, merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman memandangkan telah berhujah dengan ahli-ahli pembangkang sejak lebih 30 tahun lalu.

“Dia dalam dilema. Nak maju takut berdepan dengan Adenan. Nak undur, malu dengan ahli-ahli PKR dan rakyat kerana beliaulah yang membuat cabaran itu.

“Sekarang beliau (Baru) tengah cari jalan keluar daripada dilema itu dengan membuat beberapa alasan,” katanya kepada Utusan Borneo menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai pendirian tegas Baru yang tetap ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkaitan soal hak milik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Utusan Borneo semalam melaporkan Baru tidak sedikitpun terganggu dengan kenyataan pemimpin atasan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menggesa beliau untuk hanya berdebat dengan Adenan.

Baru dipetik sebagai berkata: “Saya tetap dengan pendirian saya untuk berdepan dengan Ketua Menteri berikutan kenyataan beliau (Ketua Menteri) bahawa kerajaan negeri tidak me-rampas tanah NCR.”

Abdul Karim yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata, Baru masih dalam mimpi bahawa dirinya pakar dalam tanah NCR,” katanya.

“Justeru Baru tengah (sedang) mencari jalan keluar daripada dilema itu dengan membuat pelbagai alasan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN dan PBB Dr Stephen Rundi berkata, pendirian tegas Baru men-cerminkan keangkuhan diri-nya dan jelas menunjukkan ia sekadar retorik kepentingan politik.

Menurutnya, Baru sekadar mempergunakan perdebatan dan cuba membuktikan kepimpinannya sebagai pe-mimpin PKR selain mengembangkan kedudukannya tanpa mengira hasil perdebatan itu.

“Saya pernah menyebut itu sebelum ini tetapi saya mengulanginya sekali lagi, pada hujung hari nanti, kebenaran tetap akan diketahui,” katanya.