Kepulan wap dan asap di loji nuklear Jepun satu perkembangan negatif

0

BERISIKO TINGGI: Bilik kawalan pusat reaktor 3 di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi TEPCO di Tomioka, daerah Fukushima dirakam pada September tahun lepas. — Gambar Reuters

OSAKA: Asap dan wap telah muncul sekali lagi dari reaktor yang mengalami kerosakan semalam di loji kuasa nuklear Fukushima yang dilanda gempa bumi, sekaligus mewujudkan kebuntuan dalam usaha para pekerja yang sedang giat menangani bencana berskala besar ini, lapor Kyodo News.

Ketika kepulan wap dilihat dari reaktor nombor dua dan apa yang kelihatan seperti kabus putih kabur dari reaktor nombor tiga, kata Kyodo, usaha menyembur air dan menyambung kembali tenaga elektrik telah ditangguhkan buat sementara waktu.

Bagaimanapun, kerja-kerja kemudian diteruskan di kawasan tersebut, kata agensi keselamatan nuklear.

Kakitangan loji dan juruteknik, anggota bomba dan anggota tentera berusaha menghalang peleburan sepenuhnya loji tepi pantai di timur laut Tokyo itu sejak tsunami 11 Mac telah menjejaskan sistem penyejukan reaktornya.

Tsunami besar yang telah mengakibatkan loji kuasa nuklear itu berada di ambang peleburan setinggi sekurang-kurangnya 14 meter, kata pengurus loji itu semalam.

Pihak Tokyo Electric Power Co. (TEPCO)pada mulanya menganggarkan ketinggian ombak pada 10 meter di loji Fukushima No. 1,kira-kira 250 kilometer timur laut Tokyo.

Gempa 9.0 magnitud pada 11 Mac mencetuskan tsunami yang melumpuhkan sistem penyejukan loji dan mendesak operasi kecemasan untuk menghalang batang bahan api cair dan mengeluarkan bahan radioaktif.

“Sekarang kami telah menganggarkan ketinggian pada lebih daripada 14 meter. Kami telah menemui kesan tsunami pada ketinggian tersebut,” jurucakap TEPCO Naoki Tsunoda berkata, sambil menambah bahawa ombak tersebut adalah 14 meter tinggi ketika ia melalui kawasan tempat letak kereta di loji tersebut.

Tsunami yang boleh muncul dengan ketinggian yang lebih tinggi berbanding dengan ketinggian pada masa ia melanda kawasan pantai, jelas pihak media Jepun.

Kompleks berkembar loji, kira-kira 10 kilometer ke selatan, juga terkena tsunami namun hanya mengalami kerosakan ringan.

Seorang pekerja sub kontrak yang tidak dikenali di loji Fukushima No.2 telah memberitahu badan penyiar awam NHK beliau telah berpindah ke sebuah bukit

Dengan segera sebaik sahaja gempa bumi memusnahkan satu kawasan tebingan dan mematahkan bahagian lengan sebuah kren di lojinya.

“Terdapat ombak melanda yang mengakibatkan kawasan dasar laut dapat dilihat dengan jelas kira-kira 200 meter dari kawasan pantai,” katanya.

“Ketika tsunami muncul serentak dan melanda kawasan loji, ia kelihatan dari atas bahagian tebing dan menghanyutkan sebuah demi sebuah kereta yang diletakkan di sana. Saya merasa amat takut,” katanya.

Loji telah direka untuk dapat berdepan dengan gempa bumi sekuat lebih daripada 8.0 dan ombak tsunami setinggi hingga 5.7 meter di loji No.1 dan 5.2 meter di No.2. — AFP