Pesawat kargo terhempas di Congo

0

TRAGIK: Bangkai pesawat yang terhempas di kawasan kediaman Pointe-Noire, Republik Congo kelmarin kelihatan terbakar hangus setelah terhempas ketika cuba mendarat. — Gambar AFP

Gagal mendarat, nahas tersebut meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa

BRAZZAVILLE: Sebuah pesawat kargo terhempas kelmarin di sebuah kawasan kediaman Pointe-Noire, ibu negara ekonomi Republik Congo, mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang, kata pihak berkuasa.

“Kami telah menyenaraikan 19 kematian dan 14 kecede-raan. Buat masa sekarang terdapat lebih banyak kema-tian berbanding kecederaan. Ini masih jumlah awal,” kata pengarah Agensi Penerbangan Awam Kebangsaan Michel Ambende.

“Kami tidak mengetahui lagi sama ada jumlah tersebut akan bertambah. Usaha mencari sedang diteruskan,” kata Ambende, yang berada di tempat kejadian.

“Pesawat terhempas ketika hendak mendarat,” Ambende berkata sebelum itu.

“Ia mula mendarat setelah diberikan kebenaran oleh menara kawalan,” katanya, sambil menambah terdapat “banyak kerosakan”.

Pesawat tersebut jenis Antonov milik syarikat penerbangan Trans Air Congo, kata sumber lapangan terbang di tempat kejadian.

Pihak polis berkata, pesawat membawa empat krew dan lima penumpang.

“Saya dapat melihat asap berkepul dari tempat keja-dian,” jelas penduduk Pointe-Noire Emile Mboussa, 39.

Seorang lagi saksi, guru bahasa Inggeris Serge Bakala, mendakwa pesawat telah mendarat di antara kawasan Roy dan Kitoko di daerah Mvou Mvou di bandar tersebut.

Pesawat terhempas di sebuah kawasan yang meliputi pejabat datuk bandar daerah, pejabat stesen televisyen, sebuah sekolah menengah dan rendah swasta dan sebuah stadium popular.

Trans Air Congo merupakan penerbangan penumpang dan kargo berpusat di Brazzaville, ibu negara bagi Republik Congo yang merupakan antara lima pengeluar minyak utama di Sub-Sahara Afrika.

Congo mengharamkan Antonov daripada membawa penumpang berikutan beberapa kemalangan sebelum ini. — AFP