Wanita berusia 63 tahun catat rekod ibu tertua di Belanda

0

THE HAGUE: Seorang wanita Belanda berusia 63 tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan kelmarin, sekaligus menjadi ibu baru paling tua di Belanda, kata hospital dan laporan berita.

“Bayi Meagan telah dilahirkan di Pusat Perubatan Leeuwarden jam 9.48 waktu tempatan pada 21 Mac ,” kata satu kenyataan dalam laman sesawang hospital tersebut di wilayah utara Friesland.

“Meagan anak kepada Tineke Geessink, berusia 63 tahun dari Harlingen.”

Bayi terbabit dilahirkan menerusi pembedahan caesarean, kata kenyataan tersebut, sambil menambah: “Kedua-dua ibu dan bayinya dalam keadaan sihat”.

Laporan media Belanda berkata, Geessink merupakan wanita Belanda paling tua melahirkan anak.

“Saya sudah lama inginkan anak sendiri dan suatu ketika, muncul dorongan dalam diri saya agar bertindak segera.

“Saya mencuba apa sahaja untuk memastikannya berlaku,” Gessink memberi-tahu radio awam NOS.

NOS berkata, Gessink telah hamil melalui seorang penderma sperma asing ketika doktor kesuburan Belanda tidak dapat membantunya disebabkan oleh usianya.

“Tiada sebarang jaminan bahawa sekiranya anda mempunyai seorang anak pada usia muda, anda akan dapat melihat anak anda membesar,” ibu tunggal itu memberitahu pihak radio.

“Sudah pasti risiko terha-dap saya lebih tinggi, namun saya berharap dia cukup me-nyayangi saya untuk bersyu-kur kerana memiliki saya sebagai ibunya.” — AFP