SIBU: Reno Benjamin PERSATUAN Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Cawangan Sibu telah mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) yang keempat di Dewan Sa’ati, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu di Sibu baru-baru ini. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan II merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Dato Sri Wong Soon Koh.

AGM PITSA SIBU: (Dari tiga kiri) Goh, Wong, Salmah, Rebecca, Norasmah serta yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian AGM keempat PITSA Sibu.

PITSA SIBU: Ahli-ahli jawatankuasa PITSA Sibu yang diketuai oleh Rebecca (duduk tiga kanan) merakamkan kenangan bersama Salmah (duduk tiga kiri) selepas mesyuarat.

ORANG KUAT PITSA: Salmah (tengah) bersama Norasmah (kiri) dan Saripah merakamkan kenangan bersama-sama.

ENAK KAN?: Goh (dua kiri) menghidu sambal yang dihasilkan oleh ahli-ahli PITSA Sibu sambil diperhatikan oleh Wong dan Rebecca.

CENDERAMATA: Wong (tengah) menerima cenderamata daripada Salmah sambil diperhatikan (dari kiri) Andrew, Goh dan Rebecca.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Vincent Goh Chung Siong, Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Banggit serta Presiden PITSA Salmah Ibrahim.
Pada mesyuarat itu, Rebecca Saliman telah dipilih sebagai pengerusi PITSA Sibu bagi sesi 2011 hingga 2013, serta dibantu oleh Norasmah Noh selaku penolong pengerusi.
Rasah Duat dipilih sebagai setiausaha, Jenai Jana (penolong setiausaha), Saripah Janggau (bendahari) dan Hatipah Sidek (penolong bendahari).
Ahli jawatankuasa yang lain terdiri daripada Sarimah Obik, Tuenight Benjamin, Ida Munie, Yanti Kadum, Halimah Samat, Siti Wilfed Guma, Angging Unggang, Unsuna, Annie Saging, Anita, Anti Lajo, Asiah Ismail dan Serbie Baling.
Selain mesyuarat itu yang dihadiri lebih kurang 100 ahli PITSA, turut berlangsung seminar kepimpinan dan keusahawan, sesi soal jawab bersama Presiden PITSA serta pameran dan jualan kraf.
Wong kemudian mengumumkan peruntukan geran sebanyak RM10,000 kepada PITSA Sibu manakala Vincent Goh memberi RM2,000 bagi membantu persatuan menjalankan aktiviti.