Penjara bukan tempat untuk ‘buang orang’

0

TAIB MAHMUD

Ia adalah pusat untuk mendidik banduan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat: Taib

Mastura IsmailLIMBANG: Sistem refor­masi undang-undang yang diamalkan di negara ini bu­kan bertujuan untuk men­ghukum banduan tetapi memberi peluang kepada golongan berkenaan beru­bah dan diterima kembali ke pangkuan masyarakat.

Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mah­mud berkata penjara bukan merupakan tempat untuk ‘membuang orang’ seba­liknya berperanan sebagai pusat kepada banduan un­tuk mengasingkan diri dan berubah menjadi manusia yang baik.

Menurut beliau lagi un­dang-undang yang diam­alkan negara ini bertujuan untuk membina masyarakat per­anan penjara itu sendiri yang mendidik banduan kembali ke pangkal jalan.

“Inilah sistem reformasi undang-undang yang dia­malkan di negara ini yang memberi peluang kepada banduan untuk bertaubat dan berubah agar mereka diterima kembali ke pan­gkuan masyarakat. Kita tegas dalam menegakkan kebenaran dan berperike­manusiaan,” katanya pada pelancaran Penjara Lim­bang semalam.

Hadir sama ialah isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Wira Abu Seman Yusop, Menteri Perancan­gan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah serta Ketua Pengarah Pen­jara Malaysia.

Taib menjelaskan lagi penjara dibina untuk men­gasingkan para banduan yang mempunyai kesala­han ringan dan berat dan bukan merupakan kawasan buangan.

“Tujuan perundangan kita adalah memastikan para banduan ini apabila keluar nanti akan menjadi masyar­akat terhormat selain men­gurangkan ancaman kepada masyarakat,” katanya.

Jelasnya Malaysia mempu­nyai sistem undang-undang yang berjaya membendung dan mengurangkan anca­man kepada masyarakat kerana kemudahan penjara yang mencukupi untuk menempatkan banduan.

“Berbanding di negara lain, sistem pengadilan mereka tidak dapat di­jalankan dengan lancar kerana masalah kekurangan tempat untuk menempatkan para banduan,” ujarnya.

Beliau menambah lagi Malaysia mempunyai ke­mudahan penjara yang men­cukupi untuk menempatkan dan mengasingkan ban­duan yang tidak mengikut tatatertib agar mereka tidak merosakkan orang lain.

Katanya dalam memban­gunkan negara dan negeri ini, nilai-nilai kemanusiaan dan kesamarataan tidak dipinggirkan dalam sistem perundangan sebagaimana yang terkandung dalam dasar transformasi negara.

Menyentuh mengenai Sistem Parol, Taib berkata selain mengurangkan kes­esakan banduan di penjara, ia dilihat mencapai mat­lamat membantu banduan menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Sistem Parol diwujudkan bagi membantu banduan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mengelak mereka daripada masuk penjara berulang kali.

Selain itu, sistem itu juga bertujuan mewujudkan penglibatan masyarakat terhadap aspek pemuli­han banduan di samping mengurangkan kos operasi penghuni penjara.