Tolak janj manis ‘hantu’ dan ‘jembalang’

0

Sebahagian mereka datang dari Semenanjung dan bawa bersama pembohongan: TPM

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muh-yiddin Yassin sekali lagi mengingatkan rakyat di ne-geri ini untuk menolak ‘hantu’ dan ‘jembalang’ semasa pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 16 April.

Katanya, hantu dan jembalang ini sebahagiannya datang dari Semenanjung Malaysia dan sebahagian lagi sudah lama berada di negeri ini.

“Dalam ucapan saya buat dalam lawatan saya sebelum ini ke Sarawak, saya bagi per-ingatan kepada orang Sarawak kerana tiba masa pilihan raya akan ada hantu dan jembalang yang akan datang dengan mulut yang manis yang merupakan pembohongan dan palsu.

“Jadi inilah waktu untuk semua rakyat Sarawak  menolak hantu dan jembalang yang sebahagiannya datang dari semenanjung dan sebahagiannya sudah berada di Sarawak sekian lama dan kita tahu pejuangan mereka hanya untuk kepen-tingan puak dan suku-sakat tetapi bukan untuk rakyat jelata secara keseluruhan,” katanya semasa berucap pada Majlis Sembang Petang Bersama Rakyat di Gerai Permaidani Boyan-Gersik-Sourabaya, dekat sini semalam.

Beliau berada di sini dalam rangka lawatan singkat selama sehari untuk mengadakan perjumpaan dengan pimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri ini untuk berbincang mengenai persediaan menghadapi pilihan raya.

Dalam ucapan yang sama, beliau menyeru rakyat utuk membuat pertimbangan dalam memastikan masa depan ne-geri ini cerah dan selari dengan pembangunan arus perdana.

Katanya, parti yang dipilih kelak mestilah dapat menjamin politik yang terus kekal stabil, menjamin proses pertumbuhan ekonomi negeri terus mantap, menjamin peng-agihan kekayaan di negara dan di negeri ini dapat dilakukan secara adil dan saksama serta menjamin masa depan gene-rasi muda kita yang maju dan cemerlang.