Penghasut akan kalah: Taib

0

Sikap negatif pembangkang menjejaskan peluang rakyat terima pembangunan

SAMBUTAN RAMAI: Taib melambai ke arah para hadirin pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Kerajaan Bersama Rakyat Peringkat Kuching Utara di pekarangan Sukma Ria, Kuching semalam. — Gambar Bernama

KUCHING: Pembangkang yang gemar menghasut rakyat dengan pelbagai dakwa-an untuk memburuk-buruk-kan kerajaan BN dijangka tewas pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, 16 April ini.

“Saya percaya mereka yang gemar menghasut akan kalah pada pilihan raya ini,” kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau menambah, BN tidak menolak seratus peratus kewujudan pembangkang, tetapi sikap gemar menghasut dalam mendapatkan kuasa hanya menjejaskan peluang rakyat menerima kemajuan.

“Kita terima pembangkang. Tetapi pembangkang yang macam mana? Pembangkang yang mahu bekerjasama dalam soal pembangunan,” katanya ketika merasmikan Program Sejiwa Senada Kerajaan Bersama Rakyat Peringkat Kuching Utara di pekarangan Sukma Ria di sini, semalam.

Hadir sama, isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Morshidi Ghani dan Datuk Bandar DBKU Mohd Atei Abang Medaan.

Taib bagaimanapun berkata, BN tidak dapat memberi ruang kepada pembangkang yang cuba mengganggu peluang rakyat untuk mengecapi kemajuan.

BN katanya, turut menolak propaganda pembangkang yang sekadar mahu menuntut kuasa tanpa mempunyai perancangan jelas dalam memajukan ekonomi.

Malah, pembangkang ingin memesongkan pemikiran rakyat agar hilang fokus terhadap program-program pembangunan yang disusun BN.

“Kerajaan mempunyai niat (baik) untuk membantu rakyat meningkatkan pendapatan dengan pelbagai pro-gram.

“Keikhlasan ahli politik dapat diketahui menerusi apa yang diperkatakan ketika pilihan raya,” katanya.

Rancangan utama BN da-lam meningkatkan pendapatan rakyat ialah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang memberi tum-puan terhadap industri baru di kawasan tengah Sarawak.

“SCORE merupakan cara baru kita membangunkan negeri ini.

“Ia bukan projek kecil ke-rana ia akan memberi peluang kepada kita untuk memba-ngunkan kawasan luar ban-dar,” katanya.