DAP bangkitkan dua masalah setiap hari

0

SIDANG MEDIA: Lim (tengah) sedang mempertikaikan satu kenyataan yang terpampang pada poster pemimpin Barisan Nasional.

SARIKEI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan membangkitkan dua masalah setiap hari terutama yang berkaitan dengan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam sidang media sempena  lawatan politik beliau yang pertama ke sini, petang kelmarin memberitahu jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa, mereka akan mengagihkan bantuan RM500 setahun bagi semua warga emas berumur lebih 60 tahun.

“Jika kita menang kita akan wujudkan dan perkenalkan kerajaan berjiwa rakyat. Apa yang paling penting dalam kerajaan berjiwa rakyat kita ini ialah warga emas harus dijaga.

“Di samping itu beberapa isu berkaitan dengan tanah dan pentadbiran serta kepimpinan BN juga akan bangkitkan agar rakyat boleh lihat dengan jelas apa yang berlaku dalam kerajaan BN,” katanya lagi.

Turut hadir bersama pada sidang media itu ialah calon DAP Wong Hua Seh, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan Naib Pengerusi DAP Sarawak, Chong Siew Chiang.