Bale dan Nasri calon bagi dua anugerah PFA

0

LONDON, England: Pemain sayap Tottenham, Gareth Bale dan pemain tengah Perancis di Arsenal, Samir Nasri telah dicalonkan untuk kedua-dua Anugerah Pemain Terbaik dan Pemain Muda Terbaik Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Bale dan Nasri merupakan antara tujuh calon dari Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi setiap daripada anugerah-anugerah utama mereka.

Turut dicalonkan bagi anugerah utama (Pemain Terbaik) ialah rakan sepasukan Bale di Spurs, Rafael Van der Vaart, Carlos Tevez dari Manchester City, pemain pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic, pemain tengah West Ham, Scott Parker dan Charlie Adam dari Blackpool.

Penjaga gol Manchester City, Joe Hart, pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere, Seamus Coleman dari kelab Everton dan dua pemain Manchester United, Nani dan Javier Hernandez, telah dicalonkan bagi anugerah Pemain Muda Terbaik. — AFP