Monday, January 18

Najib bawa berita gembira

0

RM1.5 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Flat KMC

KUCHING: Penghuni rumah pangsa milik Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) atau lebih dikenali sebagai Flat KMC di sini bakal tinggal dalam situa-si lebih selesa berbanding sekarang ekoran pengumu-man peruntukan RM1.5 juta yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Pengumuman itu dibuat beliau pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di pekarangan gelanggang bola jaring rumah pangsa itu.

“Lawatan saya ke kawasan ini hari ini amat menyentuh perasaan saya dan saya amat terharu… saya dapat merasa-kan perasaan anda yang tinggal di sini.

“Sebagai komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa sedaya upaya membuat sesuatu yang lebih baik… saya mahu meng-umumkan bahawa saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk menaik taraf flat KMC ini sebagai menyahut seruan calon BN di sini (Sim Kiang Chiok) yang menggambarkan keadaan di sini bagi pihak anda,” katanya.

Najib berkata peruntukan itu adalah penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah kesesakan penghuni rumah pangsa berkenaan yang menurutnya agak sempit untuk menempatkan sebuah keluarga lebih-lebih lagi keluarga yang besar.

“Langkah penyelesaian kepada masalah itu amat perlu dan penyelesaian jangka panjangnya ialah kita berharap suatu hari nanti, diharap bukan dalam tempoh yang terlalu lama kita dapat meruntuhkan semua rumah pangsa ini dan menggantikannya dengan kawasan perumahan yang lebih baik untuk rakyat,” jelasnya.

Menurutnya rumah yang sempurna untuk sebuah keluarga perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga bilik tidur dengan dua bilik air dan keluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi bukannya seperti rumah pangsa KMC yang hanya mempunyai satu bilik tidur manakala sebahagiannya dua bilik tidur serta keadaannya agak sempit.

Beliau menambah keadaan rumah yang lebih baik perlu disediakan kepada rakyat lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah kerana mereka berhak mendapat hak itu.

Bagaimanapun Najib mengingatkan rakyat terutamanya penduduk di rumah pangsa itu bahawa perubahan se-perti itu tidak boleh berlaku sekelip mata sebab itu beliau mengambil keputusan meluluskan peruntukan RM1.5 juta sebagai permulaan untuk kerja-kerja menaik taraf.

Pada majlis sama Najib menyampaikan biasiswa pendidikan bagi pihak 1Malaysia Development Berhad kepada Lorna Liu, 17, dan bantuan segera kepada sepuluh penerima yang kebanyakannya tinggal di rumah pangsa berkenaan.

Dalam lawatan singkat itu juga Najib berpeluang melihat sendiri keadaan rumah pangsa berkenaan dan bertemu serta beramah mesra dengan peng-huninya.

Hadir sama pada majlis itu, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Chua Tee Yong dan calon BN untuk Padungan Sim Kiang Chiok.