Futsal Betong bermula 7 Mei

0

BETONG: Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bakal menganjurkan Kejohanan Futsal Betong 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 Mei ini, bertempat di Dewan Sukan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini.

Pertandingan terbuka kepada semua pasukan futsal bahagian ini dengan yuran pen-yertaan sebanyak RM100.

Penganjur turut menetapkan RM100 sebagai cagaran, bertujuan untuk mengelakkan pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan menarik diri. Wang cagaran tersebut boleh dituntut selepas berakhirnya pertandingan namun ianya tidak akan dikembalikan jika ada pasukan yang melanggar peraturan.

Juara dan naib juara masing-masing bakal membawa hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan RM500 sementara pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing akan mendapat RM200 dan RM100.

Pihak penganjur mensasarkan penyertaan sebanyak 16 pasukan di mana juaranya nanti bakal mengibarkan cabaran Betong ke pertandingan peringkat negeri yang dikenali sebagai Piala Juara-Juara di Miri pada 16-17 Mei ini.

Tarikh tutup penyer-taan ditetapkan pada Khamis ini (5 Mei) dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Majid Amit di talian 013-8948938 atau Philip Jabu (014-8882210).