Persatuan Sejarah St. Elizabeth timba ilmu di Pusat Warisan Sibu

0

SIBU: PERSATUAN Sejarah Sekolah St. Elizabeth, Sibu baru-baru ini mengadakan lawatan sambil belajar ke tapak peninggalan sejarah Pusat Warisan Sibu yang baru dibuka.

 

 

 

 

 

 

 

Menurut jurucakap sekolah dalam kenyataan medianya baru-baru ini, lawatan tersebut bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap peninggalan sejarah tempatan dan kebudayaan lama.

“ Adalah penting bagi generasi muda ini untuk mengenali lebih dalam mengenai latar belakang asal keturunan dan sejarah yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu,” ujarnya.

Katanya, walaupun segala maklumat peninggalan sejarah berkaitan pusat warisan itu boleh diakses melalui Internet, namun dengan membawa pelajar-pelajar tersebut melihat secara dekat akan memberi lebih manfaat kepada mereka.

Tapak berkenaan dikenali sebagai Maling dan terdapat beberapa perkara yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu masih meninggalkan kesan sehingga ke hari ini.

“Para pelajar merakam gambar di kawasan sekitar dan kami minum petang di kafe yang terletak di dalam pusat warisan berkenaan.

“Ia dilihat sebagai suatu usaha hebat yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi mendidik murid-murid agar mendapat lebih banyak ilmu,” katanya.