Pelajar kerugian RM800, asrama dipecah masuk

0

SIBU: Dua orang pelajar sebuah pusat latihan swasta di sini kerugian kira-kira RM800 selepas bilik asrama mereka dipecah masuk pencuri. Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 2 pagi semalam.

Difahamkan salah seorang daripada pelajar berkenaan hilang dua unit telefon bimbit serta wang tunai sebanyak RM250.

Seorang lagi rakan mangsa hilang wang tunai RM100. Dalam pada itu, pihak pengurusan pusat latihan berkenaan telah pun dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Ini termasuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar kawasan bangunan pusat latihan terbabit.