Pemburu haram bermaharajalela

0

Jalan Semadang-Skio jadi tumpuan hingga timbul kebimbangan terhadap keselamatan penduduk

KUCHING: Pemburuan haram di Jalan Semadang-Skio yang sedang  dalam projek pembinaan, semakin kerap berlaku dengan kehadiran orang luar sehingga menimbulkan kebimbangan di penduduk Kampung Semadang terhadap ancaman keselamatan mereka.

Meskipun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Semadang mengerahkan pasukan RELA untuk memantau kegiatan terbabit, dengan amaran tegas turut diberikan terhadap pemburu yang tertangkap namun ia tidak di-endahkan mereka.

Pernah berlaku seorang penduduk Kampung Semadang diugut ditembak sekumpulan lelaki kerana menegur mereka berada di kawasan hutan kampung berkenaan untuk berburu.

Malah, sebelum ini juga pernah berlaku seorang pekerja sebuah syarikat kontraktor pembinaan jalan di situ di-serang dan dirompak sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Sehubungan itu, kehadiran orang luar tersebut telah menakutkan penduduk kampung terutamanya golongan wanita untuk keluar menoreh getah pada awal pagi di kebun masing-masing.

Melihat situasi itu semakin membimbangkan, Ketua RELA Kampung Semadang, Derik Pasek menegaskan mereka tidak akan berkompromi lagi terhadap para pemburu haram dan tindakan serius akan dikenakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami (RELA) tidak akan berkompromi lagi meman-dangkan pencerobohan hutan di sini semakin serius serta membabitkan pemburuan binatang terlarang oleh kerajaan.

“Sudah banyak kali kami memberikan peringatan kepada mereka (pemburu) tetapi masih ada yang tidak meng-endahkannya dan ini betul-betul mencabar undang-undang,”  katanya yang ditemui semasa mengadakan operasi menjejaki pemburu haram.

Ketika operasi tersebut, di mana pemberita turut berada di lokasi, pasukan RELA Kampung Semadang sedang mengesan beberapa individu yang dilihat masuk ke kawa-san hutan berhampiran untuk berburu.

Mereka bagaimanapun ti-dak dapat dikesan kerana ber-kemungkinan bersembunyi  di dalam hutan setelah menyedari kehadiran RELA meski-pun operasi berakhir sehingga tengah malam pada hari tersebut.

Menurut Derik, orang luar adalah dilarang sama sekali untuk masuk ke kawasan pembinaan Jalan Semadang-Skio oleh pihak pemaju ter-utamanya selepas waktu be-kerja, melainkan penduduk Kampung Semadang kerana mereka mempunyai kebun di sekitarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihak yang didapati terbabit akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Mereka akan dibawa ke muka pengadilan dan situlah mereka perlu menjelaskan tujuan mereka menceroboh masuk ke kawasan ini,” kata Derik.

Sebelum ini, RELA Kampung Semadang telah menahan kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki yang men-ceroboh masuk ke hutan di sepanjang pembinaan Jalan Semadang-Skio.

Pemeriksaan terhadap kenderaan mendapati mereka membawa beberapa laras senapang patah untuk tujuan berburu dan dikenal pasti ti-dak memiliki lesen kebenaran membawa senjata api.

Kampung Semadang kini menjadi perhatian umum berikutan pembangunan kawasan penempatan baru bagi menempatkan penduduk dari empat buah kampung yang diarahkan berpindah berikutan pembinaan Empangan Hidro Bengoh.