IPF tidak berhasrat gabung dengan MIC

0

KUALA LUMPUR: Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) semalam mengulangi pendirian mereka untuk tidak bergabung dengan MIC.

Presidennya, M. Sambanthan bagaimanapun berkata, parti itu akan bekerjasama dengan MIC memastikan kemenangan calon Barisan Nasional(BN) dalam mana-mana pilihan raya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk bekas Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu mencadangkan agar kedua-dua parti itu bergabung sebagai satu parti bagi memastikan nasib masyarakat India dalam negara lebih terbela.

Sementara itu, Sambanthan berkata, IPF akan membuat beberapa pindaan kepada perlembagaan parti pada mesyuarat agung tahunannya yang ke-19 yang dijadualkan pada 26 Julai ini.

“Antara yang mungkin akan dipinda ialah meningkatkan tempoh penggal Presiden memegang jawatan, iaitu daripada tempoh dua tahun untuk satu penggal ketika ini, kepada tempoh tiga tahun untuk satu penggal,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pindaan itu selaras dengan perkembangan semasa, dala usaha memastikan IPF relevan kepada perjuangan kaum India. — Bernama