Wong tepis ramalan PR akan tawan semua kerusi majoriti Cina

0

KUCHING: Timbalan Setiausaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh menepis ramalan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menawan semua kerusi majoriti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau menyifatkan ramalan Ahli Jawatankuasa Pusat PKR Dr Lee Boon Chye ibarat menghitung ayam sebelum telur menetas.

Katanya, penilaian tidak boleh dibuat hanya berdasarkan kepada keputusan pilihan raya yang lepas.

Ini kerana menurutnya, pelbagai perkara boleh berlaku selepas ini dan SUPP akan be-kerja dengan lebih gigih untuk mempertahankan kerusi sedia ada selain merampas semula Bandar Kuching dan Sibu.

Jelasnya, SUPP akan me-lakukan apa jua untuk memastikan kerusi yang dipegang oleh parti dipertahankan termasuk Stampin, Lanang, Sarikei dan Miri.

“Bagi kerusi-kerusi lain saya tidak akan memberikan komen tetapi untuk kerusi yang diwakili SUPP, kami akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankannya,” kata Wong yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

Sabtu lepas, Dr Lee meramalkan PR akan menawan Miri, Sarikei, Lanang dan Stampin selain mempertahankan Ban-dar Kuching dan Sibu yang disandang oleh DAP.

Ramalan tersebut dibuat berdasarkan kepada keputusan pilihan raya negeri pada 16 April lalu untuk dijadikan sebagai input dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Jika kita terjemahkan keputusan pilihan raya negeri lalu kepada keputusan pilihan raya umum akan datang di Sarawak, selain kekal di Sibu dan Bandar Kuching, PR akan menang di Miri, Sarikei, Lanang dan Stampin.

“Jadi saya perpendapat sekurang-kurang kami akan memperolehi empat lagi tambahan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang,” katanya pada makan malam penghargaan anjuran PKR Stampin baru-baru ini.