Polis Sarawak terus gempur kegiatan gengster: Mohmad

0

KUCHING: Polis Sarawak sentiasa mempergiatkan usaha untuk menggempur kegiatan gengster di negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata pelancaran Ops Cantas Kenyalang sejak April 2007 untuk memban- teras kegiatan gengster di ne-geri ini masih diteruskan se-hingga kini untuk memastikan Sarawak bebas kegiatan gengster.

“Polis Sarawak serius dalam menggempur kegiatan gengster. Usaha itu tidak pernah terhenti malah ia sentiasa diper-giatkan dari semasa ke semasa untuk memastikan Sarawak aman dan selamat,” katanya kepada Bernama di sini.

Mohmad berkata, polis juga tidak berkompromi dalam usaha membanteras kegiatan gengster.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan yang mengancam keselamatan dan keharmonian negeri ini,” katanya.

Mohmad berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa kegiatan gengster yang sunyi dan lesap seketika, mulai aktif semula berikutan beberapa kejadian yang berlaku di Sibu akhir-akhir ini.

Antara insiden yang berlaku termasuk kereta milik seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor telah dilemparkan bom molotov di Jalan Tuanku Osman di Sibu serta rumah seorang ahli perniagaan di Maludan yang dilepaskan tembakan oleh beberapa lelaki.

Ops Cantas Kenyalang dilancarkan pada April 2007 apabila seorang Anggota Parlimen mengecam polis kerana gagal mengatasi kegiatan kongsi gelap di negeri itu.

Berikutan operasi tersebut, ketua dan orang-orang kanan kumpulan gengster telah ditahan dan dikenakan tindakan mengikut Ordinan Darurat 1969 dan juga Akta Kediaman Terhad. — Bernama