Modul fizikal baru buat pelatih PLKN tahun depan

0

KOTA BHARU: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memperkenalkan satu bentuk modul fizikal yang telah ditambah baik bermula Januari tahun depan kepada semua peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata modul fizikal bentuk baru itu nanti berasaskan kepada sains sukan yang dimasukkan elemen-elemen komersial agar ia boleh dimanfaatkan peserta selepas tamat latihan.

“Kita sudah meminta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat kajian dan merangka modul fizikal bentuk baru ini yang mana ia memasukkan elemen komersial kepada para peserta.

“UPSI akan mengeluarkan buku panduan modul baru itu kepada peserta dan modul panduan kepada setiap jurulatih dan jika siap semuanya saya menjangkakan modul ini nanti boleh dilaksanakan pada Januari tahun depan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. — Bernama