Rumah panjang Douglas Uggah venue rumah terbuka Gawai Dayak peringkat nasional

0

BETONG: Rumah panjang Rh.Wilson Begat ak Bakir di Penom, Ulu Paku, kira-kira 30 kilometer dari sini, yang merupakan rumah panjang tempat asal Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas dipilih sebagai venue acara rumah terbuka sempena sam-butan Gawai Dayak peringkat nasional pada 3 Julai ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ose Murang berkata sambutan di rumah panjang 21 pintu yang berusia lebih 85 tahun itu akan menampilkan acara yang paling unik dan lebih bermakna bagi mereka yang belum pernah menyambut acara itu dalam persekitaran yang lebih asli.

“Ini kali pertama acara rumah terbuka dianjur dalam persekitaran yang lebih asli, lebih bersifat tradisional.

Sebelum ini acara sebegini hanya dijayakan di bandar-bandar besar,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja untuk persiapan acara tersebut di sini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang dan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang merupakan pengerusi bersama bagi acara tersebut. — Bernama