Lee juara golf Mitsubishi Corporation-Diamond Gas Holdings

0

BINTULU: Lee Chung Kuang merangkul gelaran juara keseluruhan Kejohanan Golf Mitsubishi Corporation-Diamond Gas Holdings Ke-18 yang berlangsung di Kelab Golf Bintulu, baru-baru ini.

TERHEBAT: Koichi (empat kanan) menyampaikan hadiah kepada Lee sambil disaksikan oleh ketua-ketua pegawai eksekutif Mitsubishi Corporation, Diamond Gas Holdings dan anak syarikatnya.

Beliau yang mengumpul 64 mata ternyata unggul dalam kategori jemputan menerima hadiah Piala Pusingan, Piala Iringan, Ipad 2, jaket Isuzu, beg komputer riba, topi dan lampu suluh mini.

Manakala tempat pertama hingga ketiga pula masing-masing disandang oleh Sipol Ambun, Rozaino dan Akhbar Jahan bagi kategori yang sama.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Malaysia merangkap Pengurus Besar Mitsubishi Corporatioan Cawangan Kuala Lumpur, Koichi Wada.

Turut hadir menyampaikan hadiah ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Presiden Sinar Berlian Sdn Bhd, Datuk Rosman Hasan; CEO Isuzu Malaysia, Takashi Hata; CEO Mitsubishi Motors Malaysia, Tetsuya Oda; Pengurus Besar Jabatan Perniagaan Tenaga Mitsubishi Corporation, Toru Kawabata dan Pengurus Mitsubishi Corporation Pejabat Bintulu, Koji Nakagawa.

Sementara itu, kategori ‘Longest Drive Novelties’ dirangkul oleh  Jerry Sigar, Ambrose Lau (Nearest The Pin) dan Raden Bustari (Nearest The Line).

Turut hadir Setiausaha Kehormat Kelab Golf Bintulu (KGB), Chieng Eu Hea mewakili Kapten KGB, Peter Yong.

Seramai 232 pemain golf menyertai kejohanan itu.

Begitupun, hadiah ‘hole-in-one’ berupa empat buah kenderaan terdiri daripada Isuzu D-Max 3.0L, Isuzu D-Max 2.5L, Mitsubishi ASX dan Mitsubishi Triton gagal dimenangi oleh mana-mana pemain.

Kejohanan tahunan itu merupakan kali ke-18 diadakan di Kelab Golf Bintulu sebagai sebahagian daripada program kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dua syarikat Jepun terbabit.