Ekonomi Sarawak tumbuh mantap

0

Sektor perkhidmatan catat pertumbuhan lebih tinggi didorong permintaan domestic

KUCHING: Ekonomi Sarawak terus menunjukkan pertumbuhan mantap dengan pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus pada 2010 dan dijangka akan meningkat sebanyak 5 peratus pada tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata, pertumbuhan itu dirangsang oleh permintaan domestik dan juga dari luar.

“Pertumbuhan tersebut didorong oleh perluasan secara berterusan pelaburan dan kegunaan domestik dan juga kelestarian harga komoditi dan eksport,” katanya ketika berucap pada ucapan penggulungannya dalam Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17, di sini, semalam.

Soon Koh memberitahu, dari segi bekalan, sektor perkhidmatan merekodkan pertumbuhan lebih tinggi iaitu sebanyak 7.1 peratus pada tahun lepas dan dijangka akan diluaskan lagi sebanyak 6.2 peratus dengan dorongan oleh permintaan domestik bagi jualan borong dan perdagangan runcit, begitu juga dengan kemudahan.

Sektor perkilangan kata-nya, bertumbuh sebanyak 5.4 peratus tahun lepas disebab-kan oleh permintaan luar terhadap gas cecair asli dan produk balak dan dijangka akan bertumbuh sebanyak 4.4 pada 2011 memandangkan permintaan untuk sektor kecil berasaskan sumber asli dijangka akan terus me-ningkat.

Menurutnya, sektor pembinaan yang bertumbuh sebanyak 6.5 peratus pada tahun lepas dijangka meningkat sebanyak 5.5 peratus lagi dengan bermulanya pelaksanaan projek infrastruktur di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, pelaksanaan projek infrastruktur dalam jumlah besar di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara, Program Transformasi Ekonomi dan juga Koridor Tenaga Boleh  Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Hasil dari permintaan global dan harga komoditi yang semakin meningkat tahun lepas, katanya, sektor pertanian meningkat sebanyak 5.3 peratus dan dijangka akan bertumbuh sebanyak 4.4 peratus lagi kerana trend itu dijangka akan berterusan  pada tahun ini.

Sektor perlombongan dan kuari yang bertumbuh seba-nyak 3.2 peratus pada tahun  lepas dengan peningkatan pengeluaran gas asli, arang, dan pasir silika, katanya, dijangka akan terus meningkat sebanyak 3 peratus pada 2011.

Soon Koh turut memberitahu, bahawa saiz permintaan dalam ekonomi negeri  diperluaskan kepada 2.5 peratus pada 2010 dan dijangka akan berkembang sebanyak 2.9 peratus pada tahun ini.

Katanya, kegunaan awam terus berkembang kukuh pada kadar 6.3 peratus pada tahun lepas dan dijangka akan terus meningkat sebanyak 7.2 peratus dengan peningkatan berterusan dalam pasaran buruh, pendapatan tersedia dan keyakinan pengguna.

Dari segi perlaburan katanya, pelaburan awam yang meningkat sebanyak 18.7  peratus dijangka akan me-ningkat sebanyak 5.5 peratus tahun ini dengan pelaksanaan RMK-10, SCORE, NKRA dan program di bawah ETP.

Bagi pelaburan swasta yang diperluaskan sebanyak 5.7 peratus pada 2011 berikutan keadaan ekonomi yang baik serta permintaan luar, ia dijangka akan meningkat sebanyak 9.1 peratus pada tahun ini, disokong oleh pembelanjaan modal  disemua sektor ekonomi khasnya dalam perkhidmatan, perkilangan dan juga pembinaan.

Sarawak turut menca-tatkan peningkatan sebanyak 25.9 peratus dalam lebihan dagangan pada tahun lebas dan bagi suku pertama tahun ini, katanya, eksport me-ningkat sebanyak 8.1 peratus sebagai hasil harga komoditi lebih tinggi  khususnya dalam pertanian dan mineral dam dijangka akan berkembang terus.

Soon Koh memberitahu, kerajaan sensitif peningkatan harga dalam keperluan  asas, khasnya impak terhadap kumpulan berpendapatan rendah dan telah memulakan langkah mengelakkan inflasi dan akan mencari kaedah alternatif bagi menyalurkan subsidi kepada kumpulan sasaran secara berkesan.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha kerajaan pusat untuk menyingkirkan  impak inflasi terhadap rakyat dan kita.

“Rakyat, termasuk semua ahli dewan ini perlu menye-dari bahawa kita harus  menukar perbelanjaan isi rumah kita dan gaya hidup bagi mengurangkan impak harga yang meningkat tersebut,” katanya.