Pemain NZ nanti Nicol di Australia

0

MELBOURNE: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang bakal membuat kemunculan sulung pada Terbuka Australia pada Ogos ini, akan berdepan dengan pemain New Zealand, Kylie Lindsay pada pusingan pertama.

Pemain pilihan kedua, Jenny Duncalf dari England akan membuka saingan dengan menentang pemenang dari pusingan kelayakan pada kejohanan itu di Canberra dari 8 hingga 14 Ogos ini. Nicol, 27, yang menjadi pemain nombor satu dunia sejak Ogos 2006, menjadi pilihan utama untuk merampas kejuaraan daripada Madeline Perry dari Ireland pada kejohanan bernilai US$200,000 (RM610,000) itu.

Madeline akan mula mempertahankan kejuaraan dengan menentang pemain Malaysia, Siti Munirah Jusoh. Pemain tuan rumah, Rachael Grinham bertemu pemain Republik Czech, Lucie Fialova. — Bernama