Tuesday, October 26

KUCHING: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan Golden Churn, mentega popular dalam pembuatan kek, adalah produk halal. Surat bertarikh 30 Jun yang dihantar oleh JAKIM kepada pembuat Golden Churn, Ballantyne, memberitahu produk tersebut didapati tidak mengandungi DNA khinzir selepas diuji Jabatan Kimia. Surat tersebut turut menyatakan JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil sampel mentega Golden Churn daripada pembekal untuk tujuan pengesahan pada 5 Mei. “Kami menyimpulkan keputusan sampel itu yang diambil di Kluang Rail Coffee, Johor adalah terhad dan peringkat produk terbabit dan bukan Golden Churn yang lain,” kata surat terbabit. Salinan surat tersebut diberi kepada Utusan Borneo pada Isnin lepas oleh pengirim yang tidak diketahui identitinya. JAKIM bagaimanapun enggan memberikan kenyataan rasmi berhubung status Golden Churn. Jurucakapnya memberitahu, kakitangan jabatan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan melainkan kenyataan rasmi dikeluarkan oleh ketua pengarah atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Pengesahan bebas DNA khinzir, bagaimanapun telah dilakukan oleh Ballantyne menerusi iklan di Utusan Borneo pada Sabtu lepas yang mengatakan produknya 100 peratus diperbuat menggunakan mentega. Dalam iklan tersebut, syarikat tersebut mengucapkan penghargaan kepada JAKIM kerana mengendalikan ujian bagi menjelaskan maklumat yang salah berkaitan Golden Churn mengandungi DNA babi.

0

KUCHING: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan Golden Churn, mentega popular dalam pembuatan kek, adalah produk halal.

Surat bertarikh 30 Jun yang dihantar oleh JAKIM kepada pembuat Golden Churn, Ballantyne, memberitahu produk tersebut didapati tidak mengandungi DNA khinzir selepas diuji Jabatan Kimia.

Surat tersebut turut menyatakan JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil sampel mentega Golden Churn daripada pembekal untuk tujuan pengesahan pada 5 Mei.

“Kami menyimpulkan keputusan sampel itu yang diambil di Kluang Rail Coffee, Johor adalah terhad dan peringkat produk terbabit dan bukan Golden Churn yang lain,” kata surat terbabit.

Salinan surat tersebut diberi kepada Utusan Borneo pada Isnin lepas oleh pengirim yang tidak diketahui identitinya.

JAKIM bagaimanapun enggan memberikan kenyataan rasmi berhubung status Golden Churn.

Jurucakapnya memberitahu, kakitangan jabatan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan melainkan kenyataan rasmi dikeluarkan oleh ketua pengarah atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pengesahan bebas DNA khinzir, bagaimanapun telah dilakukan oleh Ballantyne menerusi iklan di Utusan Borneo pada Sabtu lepas yang mengatakan produknya 100 peratus diperbuat menggunakan mentega.

Dalam iklan tersebut, syarikat tersebut mengucapkan penghargaan kepada JAKIM kerana mengendalikan ujian bagi menjelaskan maklumat yang salah berkaitan Golden Churn mengandungi DNA babi.