RWMF berakhir tetapi kehangatannya masih dirasai clips!

0

DEMAM Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) berakhir pada Ahad lepas namun kehangatan konsert tiga malam berturut-turut itu masih dirasai oleh setiap pengunjung yang hadir.

Jika sebelum ini RWMF dibasahi hujan, kali ini ribuan pengunjung menari, bersorak, menyanyi bersama debu-debu yang berterbangan.

Cuaca panas sepanjang tiga hari berlangsungnya RWMF, sekitar dua pentas utama konsert kering kontang dan menghasilkan debu apabila orang ramai mulai rancak menari di atas tanah yang terbentang luas.

Namun keadaan berdebu tidak mematikan keghairahan pengunjung menikmati dan menjiwai setiap genre muzik yang dimainkan oleh kumpulan pemuzik terkemuka dari serata dunia.

Sebaik muzik dimainkan, pengunjung mulai mengoyang-goyangkan badan, tangan, kaki mengikut rentak muzik yang dan lagu yang didendangkan dari pentas yang amat gah.

Ditambah dengan sistem suara serta peralatan muzik bertaraf antarabanga, setiap mereka yang berada di Kampung Budaya Sarawak seolah-olah telah dipukau dan tidak mempedulikan apa yang berlaku di luar.

Bermula dengan persembahan solo oleh Mamak Khadem dari Iran, acara konsert terus dirancakkan menerusi kemunculan kumpulan anak muda dari Perancis yang mengelarkan diri mereka sebagai Startijen.

Selesai dua persembahan hebat itu, muncul pula gabungan dua pemain gitar elektrik dari Tunisia dan Algeria yang meng-gelarkan diri mereka sebagai DuOud.

DuOud ternyata tidak mengecewakan peminatnya dan memberikan persembahan yang hebat lagi memukau di hadapan ribuan pengunjung RWMF malam Ahad lepas.

Pentas RWMF bertambah hangat dengan kemunculan Kenge Kenge Orutu System dari Kenya menerusi persembahan irama muzik yang menjadi simbol tradisi mereka.

Bunyi alat muzik tradisional seperti Kenge Kenge membuai semua peminatnya untuk menari bersama dan menjiwai setiap muzik yang dimainkan.

Turut tidak mengecewakan ialah kumpulan Malike Pathe Show dari Senegal dan Kissmet dari United Kingdom pada persembahan sebelum persembahan finale.

MALIKE PATHE SHOW

BERAKHIR: Pemuzik dan jawatankuasa penganjur tampil pada finale RWMF .TERHIBUR: Pengunjung RWMF terhibur dengan barisan pemuzik yang membuat persembahan.TERSENDIRI: Joaquin Diaz (tengah) dari Dominican Republic.MALIKE PATHE SHOW

TERHIBUR: Pengunjung RWMF terhibur dengan barisan pemuzik yang membuat persembahan.

TERSENDIRI: Joaquin Diaz (tengah) dari Dominican Republic.