Tuesday, April 13

Bendung vandalisme harta awam

0

Pusat kitar semula dinasihati agar tidak beli besi buruk yang dicurigai

BINTULU: Pusat kitar semula dinasihati agar tidak membeli besi buruk sekiranya curiga besi yang dijual kepada mereka merupakan barangan curi.

Pengurus Kanan Environmen Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Wan Ibrahim Wan Ali berkata, tindakan pusat kitar semula membeli besi buruk yang disyaki dicuri terutama besi penutup  lubang parit akan menyebabkan kes kecurian kemudahan seperti itu terus berleluasa.

“Tindakan itu juga mengundang bahaya kemalangan kepada pengguna jalan raya apabila lubang parit tersebut tidak berpenutup.

“Kes kecurian itu dan pembelian barang curi oleh pusat kitar semula merupakan satu gejala yang kurang sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian  semasa sidang media di pelancaran program Kitar Semula Alat Elektronik oleh Persatuan Servis dan Jualan Komputer Sarawak (CSSA) Cawangan Bintulu dengan kerjasama BDA di Pejabat Perbinda Jalan Sultan Iskandar kelmarin (Khamis).

Justeru katanya, pusat kitar semula diharap tidak membeli barang curi dan sekiranya ditawarkan dengan barang terbabit oleh individu tertentu laporkan kepada pihaknya dan boleh mengambil tindakan terhadap dalang yang bertanggungjawab itu.

“Untuk menggantikan balik penutup lubang parit yang dicuri ia memakan masa dan kos serta amat merugikan wang pembayar cukai di sini,” jelasnya.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini kejadian kecurian besi penutup lubang parit amat berleluasa terutama di kawasan perumahan termasuk di kawasan pusat bandar di sini.

Selain besi katanya, wayar elektrik turut dicuri di beberapa tempat di terminal baru bas pusat komersial Parkcity, kejadian laku musnah di tandas awam tebingan Promenade dan beberapa tempat lain.

“Disebabkan itu saya meminta semua pihak bekerjasama membanteras kes kecurian barangan awam dan laku musnah di sini bagi menjadikan Bintulu sebagai tempat yang baik untuk didiami. Kita boleh melakukannya dengan kerjasama semua pihak di sini,” katanya.

Mengenai program kitar anjuran CSSA dengan kerjasama pihaknya katanya, ‘\orang ramai perlu memberi sokongan terhadap program itu kerana ia merupakan satu program kesedaran untuk memelihara alam sekitar.

Ujarnya, program seumpamanya merupakan satu kaedah terbaik untuk membuang peralatan komputer terpakai di tempat yang betul sekali gus menghindari alam sekitar dan penduduknya tercemar dengan bahan-bahan terbabit.

Oleh Abang Ismail  Abang Su’ud