S’wak bakal penyumbang produk akuakultur: Jabu

0

K’jaan negeri sasar hasil sebanyak RM9 bilion menjelang 2015

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu semalam memberi jaminan Sarawak akan menjadi sebahagian daripada penyumbang pengeluaran akuakultur yang menyasarkan RM9 billion menjelang 2015 di Malaysia.

Ia menurut beliau dapat dicapai khasnya melalui industri penternakan ikan empurau di negeri ini dengan Sarawak berhasrat menyumbang sebanyak yang mungkin ke arah sasaran itu dengan adanya stesen penternakan ikan empurau yang maju.

“Dalam masa lima tahun akan datang, kita mengharapkan Stesen Tarat (penternakan ikan empurau) apabila telah bergerak maju nanti mampu mengeluarkan dua hingga empat juta anak ikan.

“Dari situ kita akan agihkan kepada penternak komersial sedia ada, usahawan penternak ikan baru yang dilatih serta digunakan dalam Sistem Tagang di hulu-hulu sungai untuk diternak dan menyimpan semula benih dan menggantikan ikan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pelan Strategik Penyelidikan Empurau/Kelah di sini.

Melalui usaha itu, Jabu yang juga Menteri Pemodenan Pertanian berkata, ia diharap mampu menyumbang kepada angka RM9 bilion pengelua-ran akuakultur yang dianggarkan, menjelang 2015.

“Penternakan empurau dan ikan lain di Sarawak akan menjadi sebahagian daripada sasaran dan kita mahu me-nyumbang sebanyak mungkin untuk mencapai sasaran ini kerana lebih banyak yang kita keluarkan maka lebih banyak miskin tegar dapat kita basmi,” ujar Menteri Pembangunan Luar Bandar itu.

Sarawak, kata Jabu telah menerima peruntukan daripada kerajaan persekutuan dalam usaha membangunkan industri perikanan di negeri ini yang bukan sahaja memfokuskan empurau tetapi termasuk ikan terubuk.

Kata beliau, antaranya per-untukan RM4.5 juta daripada perdana menteri untuk tujuan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi spesies empurau dan peruntukan RM4.2 juta daripada timbalan perdana menteri untuk memperkembangkan dan melanjutkan R&D ikan terubuk.

“Kita juga telah menerima peruntukan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sejak awal lagi dan dalam masa dua tahun ini kementerian telah memperuntukkan RM1.3 juta khas untuk penyelidikan empurau,” katanya.

Mengenai bengkel yang dianjurkan itu Jabu berkata, ia merupakan satu platform kepada peserta terutamanya pakar dan saintis dalam usaha menggembleng hasil-hasil kajian dan penyelidikan me-ngenai ikan empurau.

Seminar yang julung kalinya diadakan itu bermula pada 19 hingga 22 Julai itu merupakan anjuran bersama MOSTI melalui Institut Agro-Biotek-nologi, Malaysia (ABI) dan Jabatan Pertanian Sarawak menyaksikan sebanyak 11 kertas kerja akan dibentang dan dibincangkan.

“Melalui seminar sebegini kita akan mendapat pendekatan yang terbaik bagi program penyelidikan empurau,” kata-nya.

Hadir sama Timbalan Men-teri MOSTI Datuk Fadillah Yusof, Menteri Muda Pertanian Mong Dagang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian Sarawak Boniface Litis dan Pembangku Ketua Pengarah ABI Profesor Madya Dr Norihan Mohd Salleh.