Anak mendiang James Wong berjanji jaga ibu mereka

0

KUCHING: “Bapa, kami tahu anda risau tentang ke- adaan mak… jangan bim- bang, kami akan menjaga mak dengan baik,” itulah kata-kata janji yang disampaikan oleh Alexander Wong kepada ayahnya, mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min.

Alexander ketika membacakan perutusan terakhir untuk ayahnya di hadapan sekitar 500 orang yang hadir pada upacara penghormatan terakhir di Gereja St Thomas di sini semalam, juga berkata tanggungjawab menjaga ibunya akan dilaksanakan oleh mereka adik-beradik.

“Mak ialah orang yang paling penting dalam hidup ayah, kami akan bersama dan ketawa riang bersama mak,” katanya dalam nada sebak.

Wong yang lahir pada 6 Ogos 1922 menghembuskan nafas terakhir pada 18 Julai lepas di Pusat Perubatan Pakar Normah, meninggalkan balu Datin Amar Valerie Bong Kui Inn, lapan anak, 13 cucu dan empat cicit.

Upacara penghormatan terakhir itu semalam turut di-berkati oleh Bishop Kuching dan Brunei Rt. Rev Datuk Bolly Lapok, bermula jam 10 pagi.

Selepas upacara tersebut, mayat mendiang telah diterbangkan ke Limbang untuk disemadikan di tempat kelahirannya itu, hari ini.

Wong, 89, merupakan bekas menteri negeri yang telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Malaysia.