Warga Malaysia kini boleh ikuti program vokasional di Taiwan

0

KUALA LUMPUR: Warga Malaysia berumur 40 tahun ke bawah dan boleh berbahasa Mandarin berpeluang mengikuti program pendidikan vokasional di enam buah universiti di Taiwan hasil kerjasama antara MCA dan Taiwan.

Universiti terbabit ialah Chinese Culture University, Feng Chia University, MingDao University, TransWorld University, I-Shou University dan National Pingtung University of Scien-ce and Technology.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, se-ramai 300 pelajar terpilih akan mengikuti program Pengajian Vokasional Taiwan selama dua tahun dengan pengecua-lian bayaran yuran pengajian RM20,000 seorang.

“Mereka yang layak meng-ikuti program ini mestilah mempunyai pendidikan asas seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Unified Examination Certificate (UEC) atau Senior Middle 2,” katanya selepas pelancaran program itu di Wisma MCA di sini, semalam.

Beliau berkata, kursus yang ditawarkan dalam program itu ialah Asuhan Kanak-kanak, Seni Reka Grafik dan Multimedia, Makanan dan Minuman, Seni Reka Perabot, Pembaikan dan Penyelenggaraan Komputer, Peralatan Komunikasi dan Peralatan dan Perkasasan Rumah.

“Kami memilih kursus ini yang dikatakan popular dan mempunyai permintaan pasaran yang tinggi. Ini adalah sumbangan MCA dan Taiwan supaya kita dapat melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran untuk menyokong Program Transformasi Ekonomi yang sedang giat dijalankan kerajaan,” katanya.

Dr Chua berkata, permohonan untuk menyertai program pendidikan itu dibuka bermula semalam hingga 17 Ogos. Mereka yang terpilih dijangka mengikuti program itu di Taiwan bermula pertengahan September.

Dalam perkembangan lain, beliau mempersoalkan standard yang digunakan makmal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menjalankan ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas produk makanan yang dikeluarkan pembekal makanan tempatan untuk pasaran eksport.

“Dan kenapa JAKIM tidak mahu terima ujian yang dijalankan oleh makmal bebas,” soalnya dan menurutnya JAKIM patut memberikan alasan kukuh dan sahih kenapa produk makanan tertentu dianggap tidak halal.

Dr Chua, yang sebelum itu mengadakan dialog dengan 10 anggota Persatuan Peng-usaha Hasil Makanan Laut Malaysia berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada perhatian Majlis Ekonomi Negara. — Bernama