Tuesday, November 12

Empat Tan sah rebut Presiden Singapura 27 Ogos

0

SINGAPURA: Rakyat Singapura akan mengundi pada 27 Ogos ini untuk memilih antara empat orang bernama Tan untuk menjadi Presiden baru mereka.

Dr Tony Tan, Dr Tan Cheng Bok, Tan Kin Lian dan Tan Jee Say menyerahkan borang pencalonan masing-masing pagi semalam, dan menurut Pegawai Pilihan Raya, Yam Ah Mee, tidak ada bantahan dibuat semasa pencalonan ditutup.

Calon diberi tempoh sembilan hari untuk berkempen. Singapura mempunyai 2.35 juta pemilih berdaftar.

Dr Tony Tan, 71, ialah bekas Timbalan Perdana Menteri manakala Dr Tan Cheng Bok, juga 71, adalah bekas Anggota Parlimen. Tan Kin Lian, 63 adalah seorang bekas kesatuan sekerja manakala Tan Jee Say, 57, adalah bekas penjawat awam.

Tempoh perkhidmatan enam tahun Presiden semasa, S. R. Nathan, tamat pada 1 September. — Bernama