Penyertaan Ekspo Dagangan Regata Sarawak 15-18 September masih dibuka

0

KUCHING: Penyertaan untuk Ekspo Dagangan Regatta Sarawak dan Regata Sarawak yang akan diadakan pada 15 hingga 18 September ini masih dibuka untuk pendaftaran.

Menurut Pegawai Pembangunan di Pejabat Residen Kuching Paul Kawin Pipo, tarikh tutup untuk perlumbaan regata telah ditunda kepada 18 Ogos.

Justeru, sesiapa yang berminat untuk menyertai perlumbaan regata boleh mendapatkan borang penyertaan di Lembaga Sungai Sarawak, Tingkat 1 dan 2 Electra House, di Kuching, Sarawak.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi Zehegkiel Piree di talian 019-887706, 082-207106, 082-207195, Faks 082-234096 atau e-mel [email protected].

“Bayaran kemasukan untuk perlumbaan regata ialah RM10 bagi bot tambang, RM100 untuk bot Balok tujuh pengayuh, RM255 untuk bot Bidar 15 pengayuh, RM450 untuk bot Bidar tetamu kehormat dan RM300 untuk peserta dari institusi pengajian tinggi,” kata Paul dalam sidang media di sini semalam.

Beliau menambah, masih terdapat 192 tempat kosong untuk perlumbaan tersebut.

Bersempena itu juga, Paul berkata turut diadakan ialah pameran kraf tangan, pesta makanan dan dagangan serta pertunjukan budaya dan hiburan pada sebelah malam.

Para usaha yang berminat menyertai Ekspo Dagangan Regata Sarawak boleh menghubungi Mario Wan Agus di talian 016-8607878, Ibrahim Sanusi – 016-8911239, Renon Sim – 016-8866383, Sim – 014-9903335 dan Zambri – 019-8386633, atau mengunjungi Ideal Choice Sdn Bhd 204, Green Road, 93150, Kuching, Sarawak atau e-mel [email protected].

Pendaftaran akan dibuka dari 22 Ogos.