Haw Electrical Trading di Matang Jaya tawar diskaun menarik, hadiah percuma

0

TAWARAN HARGA RENDAH: (Dari kiri) Eksekutif Jualan Sony (Malaysia) Sdn Bhd Lina Goh, Chan, Tan dan Pengurus Panasonic Malaysia Sdn Bhd Teo Kock Ho semasa pelancaran jualan istimewa di Haw Electrical sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

KUCHING: Sempena Hari Raya Aidilfitri, Haw Electrical Trading Sdn Bhd Cawangan Matang Jaya di sini kini menawarkan diskaun menarik dan hadiah percuma kepada para pelanggannya dengan setiap pembelian barang elektrik jenis Sharp, Panasonic dan Sony.

Menurut Pengarah Urusannya Desmond Tan, jualan tersebut merupakan kerja-sama antara Haw Electrical, Panasonic, Sharp dan Sony dan ia dijalankan setiap tahun pada setiap Hari Raya Aidilfitri.

Kali ini, antara barangan menarik pada tawaran harga yang rendah ialah televisyen LCD Sony Bravia 22 inci pada harga RM499, set mini Sony Hi-Fi yang dilengkapi dengan video digital percuma, pemain cakera padat dan mikrofon.

“Kami menyediakan bara-ngan yang terhad pada harga yang sangat rendah dan ha-diah percuma,” katanya yang ditemui semalam.

Katanya, setiap pelanggan yang membeli produk Panasonic akan menerima baucar percuma KFC dan hadiah percuma manakala orang ramai yang membeli produk Sony akan diberi baucar membeli-belah Parkson serta hadiah percuma.

Pelanggan yang membelanjakan RM1,000 dan ke atas terhadap produk Sharp juga akan menerima sekotak minuman ringan Coca-Cola atau 100Plus, dan tambahan hadiah percuma.

Sementara, Pengurus Sharp Roxy Sales and Services Company (M) Sdn Bhd Johny Chan berkata, orang ramai kini berpeluang menerima rebat pembelian tunai bernilai RM200 bagi peti sejuk dan RM100 untuk pendingin hawa dengan hanya melayari www.saveenergy.gov.my.

“Pelanggan boleh menikmati rebat RM200 apabila membeli peti sejuk Sharp dan Panasonic yang ditampal tanda lima bintang dan RM100 apabila membeli pendingin hawa Panasonic dan Sharp.

“Rebat tunai ini merupakan subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat membeli produk penjimatan tenaga elektrik,” kata Chan.

Jualan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari dan berakhir pada 29 Ogos.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 082-646 869 atau 013-803 8811.