Sunday, July 5

PERHILITAN bekerjasama dengan pihak berkuasa Tanzania

0

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melahirkan kebimbangan dengan rampasan gading gajah du di Tanzania baru-baru ini yang dikatakan akan dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut satu kenyataan semalam, PERHILITAN telah menghubungi pihak berkuasa Tanzania berkaitan kes tersebut.

“PERHILITAN komited dalam mencegah aktiviti haram membabitkan hidupan liar, dan dalam kes ini, Malaysia dikenal pasti sebagai pusat transit sebelum sampai ke destinasi sebenar, bukan sebagai hab utama bagi aktiviti perdagangan haram membabitkan hidupan liar,” katanya.

PERHILITAN berkata, ini berdasarkan rekod lampau dan kes terbaru yang menyaksikan dua penghantaran gading gajah berjaya dipintas di Johor dan Pulau Pinang sebelum tiba di destinasi sebenar.

“Kedua-dua kes sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang relevan termasuk PERHILITAN. Penting untuk kita ketahui tidak banyak permintaan untuk gading gajah Afrika di Malaysia,” katanya kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa Malaysia setakat ini berjaya menggagalkan 68 cubaan menyeludup membabitkan hidupan liar atau produk yang dihasilkan daripadanya. — Bernama