Hello Justyn … hehehe 512 kakitangan SESB bertugas semasa Aidilfitri

0

SERAH...Yap (dua kiri) menyerahkan juadah raya kepada kakitangan SESB yang bertugas di musim perayaan ini sambil disaksikan oleh John (tiga kanan).

KOTA KINABALU: Seramai 512 kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan bertugas 24 jam sehari sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini bagi memastikan tiada gangguan bekalan elektrik sepanjang musim perayaan ini.

Pengurus Besar (Penghantaran) SESB, Yap Kok Lan berkata jumlah kakitangan itu termasuklah di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, sempena dengan perayaan ini, SESB juga mengambil kesempatan menghantar juadah raya dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim dengan warga kerja yang bertugas. Ia merupakan aktiviti yang kelima diadakan sejak dimulakan pada tahun 2007.

“Penyampaian juadah ini dibuat ke semua 37 lokasi yang berbeza di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi mengenang jasa dan pengorbanan serta komitmen yang diberikan oleh para kakitangan SESB ini,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Tambahnya, pengorbanan dan jasa yang diberikan oleh warga kerja SESB yang bertugas sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini tidak pernah dilupakan oleh pihak pengurusan.

Turut hadir ialah Pengurus Besar (Projek Utama) SESB, Ir John Gomez dan Pengurus Besar (Penjanaan), Philix Laimon dan pengurus yang lain.