Monday, July 13

Jalan yang biasa sesak agak lengang

0

SUASANA BERBEZA: Lalu lintas di Jalan Kampung Datu di Sibu, semalam agak tenang.

Kesesakan tidak berlaku kerana pengunjung Hari Raya bijak atur jadual

SIBU: Cuaca yang redup pada Hari Raya pertama di sini telah membolehkan orang ramai keluar me-ngunjungi sahabat handai mereka yang beragama Islam.

Namun, di sebalik cuaca yang baik itu, suasana sambutan pada tahun ini dilihat agak berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Ini kerana, berdasarkan tinjauan Utusan Borneo semalam, Jalan Kampung Datu sehingga Jalan Kampung Nangka yang merupakan kawasan kediaman terbesar bagi masyarakat Islam di sini kelihatan sedikitlengang.

Pada tahun-tahun sebelum ini, jalan terbabit sesak dipenuhi kenderaan orang ramai yang terdiri daripada masyarakat Cina dan kaum Bumiputera yang bukan ber-agama Islam mengunjungi rumah rakan mereka yang terletak di tepi jalan-jalan terbabit.

Tinjauan semalam mendapati sehingga tengah hari, tidak banyak kenderaan melalui jalan-jalan terbabit yang menempatkan kampung-kampung Melayu.

Selalunya pada Hari Raya, jalan-jalan terbabit adalah laluan yang paling sukar dan mencabar untuk dilalui kerana ia sesak dengan ratusan kenderaan malah boleh menyebabkan kenderaan terperangkap dalam kese-sakan antara 10 hingga 15 minit sebelum dapat keluar ke kawasan bandar.

Menurut seorang penduduk di situ yang hanya dikenali sebagai Rudy, ini mungkin disebabkan para pengunjung kini lebih bijak mengatur jadual kunjungan ke kediaman sahabat handai mereka.

“Ini bukan bermaksud raya di Sibu tahun ini tidak meriah tetapi mungkin di-sebabkan faktor pengunjung mengatur kunjungan mereka dengan lebih bijak. Jika semua masyarakat Cina dan kaum Bumiputera yang bukan ber-agama Islam turun mengunjungi kediaman rakan-rakan mereka di kampung ini sekali gus, tentu ia menyesakkan lagi lalu lintas di sini.

“Bertambah teruk lagi apa-bila kenderaan diparkir di tepi jalan. Ini kerana jalan di sini bukannya besar, cukup-cukup untuk dua kereta sahaja,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, keadaan lengang seperti ini sungguh positif kerana memperlihat-kan para pengunjung bijak mengatur jadual kunjungan mereka.

“Ini kerana Hari Raya mempunyai waktu yang panjang. Kalau tidak pergi waktu pagi, petang atau malam pun boleh mengadakan kunjungan. Masyarakat Islam sentiasa mengadakan rumah terbukanya pada bila-bila masa sehingga Hari Raya keempat atau seterusnya mengikut kadar kemampuan masing-masing,” jelasnya.

Pada masa sama katanya, masalah kesesakan seperti sebelum ini agak membimbangkan penduduk setempat kerana ia boleh menyebabkan kemalangan kecil ekoran jalan yang sempit.

“Masalah seperti itu sering menimbulkan kebimbangan kami di sini termasuk kende-raan kami yang turut diparkirkan di tepi jalan. Selain risiko kereta bergesel semasa sendiri, kereta kami yang diparkir di tepi jalan boleh digesel oleh kereta pengunjung yang sedang bergerak. Pendek kata, keadaan sebelum ini sungguh teruk dengan kesesakan lalu lintasnya.

“Namun kali ini, ada per-ubahan sedikit. Bukanlah semua jalan itu lengang, tetapi kesesakan hanya berlaku di sesetengah jalan sahaja dan tidak seteruk tahun lalu,” tambah beliau lagi.