Peti Surat Satu Komuniti jaminan Pos Malaysia kepada warga luar bandar

0

KUCHING: Pos Malaysia Berhad memberi jaminan penghantaran surat-surat kepada penduduk di luar bandar di Sarawak akan dilakukan tetap pada masanya menerusi Pusat Peti Surat Komuniti (PPSK).

Pengurus Pos Malaysia negeri Sarawak, Mohd Nasir Ismail berkata PPSK yang mula diperkenalkan tahun lepas menunjukkan peningkatan membanggakan dalam kemudahan penghantaran surat-surat secara sistematik terutama ke rumah-rumah yang lazimnya tidak bernombor.

“Pos Malaysia secara berterusan berusaha menambah baik mutu perkhidmatan kami kepada rakyat Sarawak sama ada di bandar atau luar bandar.

“Berdasarkan pengiraan awal kami, setiap rumah disediakan satu peti surat. Kunci telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk diagihkan kepada semua penduduk,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Ketika ini kampung-kampung yang menikmati kemudahan PPSK terletak di Kanowit, Song, Pantu, Baram, Julau, Mukah, Saratok, Nanga Medamit, Betong dan Selangau.

“Projek ini bertujuan memudahkan komunikasi antara penduduk luar bandar dari aspek surat menyurat. Banyak dokumen penting dan rasmi penghantarannya dibuat menerusi perkhidmatan darat dan udara.

“Objektifnya ialah memastikan dokumen penting sampai kepada orang yang dituju tepat pada masanya,” tambah Mohd Nasir.

Menurutnya ketika ini terdapat 10 projek PPSK Pos Malaysia di seluruh Sarawak dan kos menyediakan kemudahan itu ialah RM130,000 merangkumi 554 peti surat.

Beliau memberitahu tugas Pos Malaysia yang seterusnya ialah menambah jumlah kumudahan-kemudahan tersebut agar lebih ramai penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dapat menikmati kemudahan seumpama itu.

“Kami akan terus menambah kuantiti kemudahan PPSK di seluruh Sarawak kerana ia negeri yang luas. Banyak kampung masih jauh ketinggalan daripada kemudahan infrastruktur yang menyukarkan penghantaran surat-surat dari rumah ke rumah.

“Menerusi PPSK adalah lebih mudah untuk penduduk luar bandar menerima surat mereka…kami akan terus bekerja sama dengan pejabat-pejabat daerah untuk memilih lokasi terbaik menempatkan PPSK. Ini adalah tanggungjawab sosial kami kepada rakyat,” ujarnya.

Mohd Nasir menambah Pos Malaysia akan berusaha memberi perkhidmatan kepada orang ramai walaupun ketika musim perayaan.KUCHING: Pos Malaysia Berhad memberi jaminan penghantaran surat-surat kepada penduduk di luar bandar di Sarawak akan dilakukan tetap pada masanya menerusi Pusat Peti Surat Komuniti (PPSK).

Pengurus Pos Malaysia negeri Sarawak, Mohd Nasir Ismail berkata PPSK yang mula diperkenalkan tahun lepas menunjukkan peningkatan membanggakan dalam kemudahan penghantaran surat-surat secara sistematik terutama ke rumah-rumah yang lazimnya tidak bernombor.

“Pos Malaysia secara berterusan berusaha menambah baik mutu perkhidmatan kami kepada rakyat Sarawak sama ada di bandar atau luar bandar.

“Berdasarkan pengiraan awal kami, setiap rumah disediakan satu peti surat. Kunci telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk diagihkan kepada semua penduduk,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Ketika ini kampung-kampung yang menikmati kemudahan PPSK terletak di Kanowit, Song, Pantu, Baram, Julau, Mukah, Saratok, Nanga Medamit, Betong dan Selangau.

“Projek ini bertujuan memudahkan komunikasi antara penduduk luar bandar dari aspek surat-menyurat. Banyak dokumen penting dan rasmi penghantarannya dibuat menerusi perkhidmatan darat dan udara.

“Objektifnya ialah memastikan dokumen penting sampai kepada orang yang dituju tepat pada masanya,” tambah Mohd Nasir.

Menurutnya ketika ini terdapat 10 projek PPSK Pos Malaysia di seluruh Sarawak dan kos menyediakan kemudahan itu ialah RM130,000 merangkumi 554 peti surat.

Beliau memberitahu tugas Pos Malaysia yang seterusnya ialah menambah jumlah kumudahan-kemudahan tersebut agar lebih ramai penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dapat menikmati kemudahan seumpama itu.

“Kami akan terus menambah kuantiti kemudahan PPSK di seluruh Sarawak kerana ia negeri yang luas. Banyak kampung masih jauh ketinggalan daripada kemudahan infrastruktur yang menyukarkan penghantaran surat-surat dari rumah ke rumah.

“Menerusi PPSK adalah lebih mudah untuk penduduk luar bandar menerima surat mereka…kami akan terus bekerjasama dengan pejabat-pejabat daerah untuk memilih lokasi terbaik menempatkan PPSK. Ini adalah tanggungjawab sosial kami kepada rakyat,” ujarnya.

Mohd Nasir menambah Pos Malaysia akan berusaha memberi perkhidmatan kepada orang ramai walaupun ketika musim perayaan.