Tiada apa yang boleh mengubah fakta sebenar sejarah kemerdekaan

0

KUCHING: Tiada apa yang boleh mengubah fakta mengenai bagaimana negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lepas dan sejarah ini harus diketahui oleh semua orang, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr. James Masing semalam.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah menegaskan perkara ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu baru-baru ini.

“Jika kenyataan beliau dipetik dengan tepat, maka beliau perlu membaca semula perjalanan sejarah ke arah kemerdekaan.

“Komunis adalah penganas dan seharusnya diingati dalam sejarah sebagai itu dan tiada permainan politik dapat mengubah fakta ini,” katanya.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos menyatakan bahawa penganas komunis yang diserang dan terbunuh oleh anggota polis di Bukit Kepong adalah hero sebenar.

Mat Sabu turut berkata Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar, Datuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tidak layak untuk dipandang sebagai pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai kepada British pada ketika itu.

Kenyataan tersebut sekali gus menimbulkan rasa marah dan tidak gembira di kalangan pemimpin terdahulu dan masa kini terutama dalam UMNO, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dalam kenyataan balasnya berkata, kerajaan seharusnya menjelaskan kepada rakyat perjuangan pemimpin terdahulu dan tiada alasan untuk semua orang untuk menganggap komunis telah berjuang untuk kemerdekaan.

“Bukan komunis yang berjuang untuk kemerdekaan. Pejuang kebebasan ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain yang telah benar-benar berjuang untuk membebaskan kita daripada jajahan kolonis.

“Hari ini kita tinggal dalam keadaan yang aman berikutan perjuangan mereka. Tiada seorang pun patut menidakkan pemimpin-pemimpin yang lepas kerana mereka telah berjuang untuk kebebasan kita,” katanya.KUCHING: Tiada apa yang boleh mengubah fakta mengenai bagaimana negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lepas dan sejarah ini harus diketahui oleh semua orang, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr. James Masing semalam.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah menegaskan perkara ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu baru-baru ini.

“Jika kenyataan beliau dipetik dengan tepat, maka beliau perlu membaca semula perjalanan sejarah ke arah kemerdekaan.

“Komunis adalah penganas dan seharusnya diingati dalam sejarah sebagai itu dan tiada permainan politik dapat mengubah fakta ini,” katanya.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos menyatakan bahawa penganas komunis yang diserang dan terbunuh oleh anggota polis di Bukit Kepong adalah hero sebenar.

Mat Sabu turut berkata Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar, Datuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tidak layak untuk dipandang sebagai pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai kepada British pada ketika itu.

Kenyataan tersebut sekali gus menimbulkan rasa marah dan tidak gembira di kalangan pemimpin terdahulu dan masa kini terutama dalam UMNO, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dalam kenyataan balasnya berkata, kerajaan seharusnya menjelaskan kepada rakyat perjuangan pemimpin terdahulu dan tiada alasan untuk semua orang untuk menganggap komunis telah berjuang untuk kemerdekaan.

“Bukan komunis yang berjuang untuk kemerdekaan. Pejuang kebebasan ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain yang telah benar-benar berjuang untuk membebaskan kita daripada jajahan kolonis.

“Hari ini kita tinggal dalam keadaan yang aman berikutan perjuangan mereka. Tiada seorang pun patut menidakkan pemimpin-pemimpin yang lepas kerana mereka telah berjuang untuk kebebasan kita,” katanya.