Tuesday, November 12

15 rumah terbakar, 45 keluarga hilang kediaman

0

Kelihatan digambar beberapa orang memilik rumahyang musnah dalam kebakaran itu sedang melihat rangka rumah mereka yang telahmusnah

SANDAKAN: Sebanyak 45 keluarga yang sedang menyambut Hari Raya kedua punah selepas 15 buah rumah musnah dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Muhibah Batu 2, tengahari Rabu.

Timbalan Penguasa, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan, Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada jam 12.05 tengahari dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.

Menurutnya, api dapat dikawal pada jam 12.50 tengahari dan operasi memadam kebakaran dihentikan pada jam 1.30 petang setelah api berjaya dipadam sepenuhnya.

Sebanyak tiga buah jentera bomba dan satu kenderaan utiliti ditempatkan di kawasan kejadian dengan kekuatan 16 anggota bomba, katanya.

Beliau memberitahu tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

Pihak Polis Diraja Malaysia juga berada di kawasan itu bagi mengawal lalu-lintas yang berhampiran dengan kejadian di jalan besar menuju bandar Sandakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura, Au Kam Wah turut meninjau ke lokasi kebakaran berkenaan.

“Pihak kerajaan akan menghulurkan sumbangan kepada penduduk tempatan yang terlibat,” katanya.

Beliau juga meminta agar penduduk yang terlibat bersabar dengan kejadian yang mereka hadapi.