Ahli perniagaan rugi setengah juta ringgit dirompak empat lelaki

0

MIRI: Seorang ahli perniagaan kerugian hampir setengah juta ringgit setelah dirompak sekumpulan empat lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan besi dalam kejadian yang berlaku di kawasan Piasau Utara di sini petang Selasa lalu.

Mangsa, 33, dari Senadin turut mengalami kecederaan di bahagian kaki, badan dan kepala setelah diserang dan dipukul menggunakan sebarang besi oleh perompak terbabit.

Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang (Selasa) itu, mangsa baru turun dari kenderaan jenis Toyota Ninja King berwarna putih apabila tibatiba didatangi sekumpulan empat lelaki tidak dikenali yang kemudian terus bertindak menyerang dan memukul mangsa.

Setelah itu, perompak t e rbabi t kemudi a n merompak seutas rantai emas bernilai RM25,000, telefon bimbit jenis i- Phone 4 (RM2,300), telefon bimbit jenis Nokia C3 (RM900) dan beg sandang mengandungi wang tunai RM10,500 serta kunci rumah dan kenderaan Ninja King milik mangsa sebelum melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Ismail Idris ketika dihubungi Utusan Borneo semalam mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kes tersebut.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai rompak dan disiasat lanjut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dan pada masa sama turut mencederakan mangsa,” ujarnya.

Menurut beliau, Seksyen 394 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Berikutan itu katanya, pihak polis telah berjaya menahan dua orang lelaki di dua tempat berasingan awal pagi semalam kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Menurut Ismail, suspek pertama telah ditangkap pada jam 1.30 pagi semalam di kawasan Taman Piasau Indah di sini dan suspek kedua ditangkap jam 2.10 pagi di Taman Boulevard di sini.

“Kita akan menjalankan siasatan terperinci termasuk mengesan dua lagi suspek yang masih bebas dan pada masa sama berusaha mendapatkan kembali barang kes,” katanya.

Sementara itu, keduadua suspek yang berusia 27 tahun, masing-masing dari Taman Tunku dan Piasau Indah di sini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret petang semalam dan diperintahkan supaya direman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut polis.

Majistret Fazira Azlina Mohd Rofli kemudian menetapkan 11 September ini untuk sebutan kes.