Cuti umum 24 Sept gantikan 10 Sept

3

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak mengisytiharkan 24 September ini sebagai cuti umum sempena hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Setiausaha Negeri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani mengumumkan perkara itu dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dengan itu, katanya, cuti umum pada 10 September seperti yang ditunjukkan pada kalendar kerajaan negeri pula dibatalkan.