S’wak tuan rumah persidangan manik

0

UNIK: Persamaan mengejutkan dengan manik purba dari zaman Viking di Denmark sama dengan manik antik dari Borneo.

KUCHING: Sarawak sekali lagi bakal menjadi tuan rumah Persidangan Manik Antarabangsa Borneo (BIBCo).

Acara yang diadakan di Kuching bertempat di Hotel Grand Margherita itu dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober depan.

Peminat-peminat manik dari pelbagai bahagian di Malaysia akan menyertai rakan-rakan mereka dari Australia, Amerika Syarikat, Indonesia, Indian, Afrika Selatan, Kanada, Singapura, Benin, Nigeria, Mesir serta beberapa negara lain.

Persidangan akan menggunakan format kertas penyelidikan yang dibentangkan oleh pakar tempatan dan antarabangsa.

Pameran dan bazar manik akan diadakan di ruang legar hotel yang pasti akan menceriakan lagi suasana. Pembuat dan pekerja manik tempatan dan asing akan mempamerkan hasil tangan mereka kepada orang awam.

Di sinilah pembuat kraftangan dari Sarawak akan mendapatkan pendedahan sewajarnya.

Sementara sesi bengkel BIBCo akan membentangkan mengenai pengalaman dalam membuat manik serta pelbagai aktiviti lain kepada peserta.

Terdapat juga satu acara istimewa turut diadakan di mana dua pakar iaitu dari Kanada dan Sarawak akan memberikan komen pengetahuan mengenai manik.

Maklumat lanjut, boleh didapati di laman sesawang www.crafthub.com.my, ‘BIBCo2011’, atau melalui email ke [email protected].