MIC sedia tukar kerusi dengan parti komponen BN: G. Palanivel

0

KLANG: MIC sedia untuk bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Datuk G. Palanivel.

Beliau berkata, parti itu bersedia untuk bertukar mana-mana kerusi jika mempunyai sebab kukuh untuk berbuat demikian dan sekiranya ia boleh membantu BN memenangi kerusi itu.

“Kami tidak akan menyerahkan kerusi milik kami tetapi bersedia untuk berbincang mengenai pertukaran kerusi dengan parti komponen BN yang lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar teknologi maklumat dekat sini semalam.

Palanivel berkata, parti itu diperuntukkan sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum lepas, pada 2008. Parti itu menang tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi negeri.

Beliau berkata, persediaan kini dibuat untuk merampas kembali semua kerusi yang parti itu kalah. Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menasihatkan semua pengerusi cawangan MIC untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan ICT terkini bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab terhadap parti itu melalui internet. — Bernama

Beliau berkata, pengerusi cawangan juga perlu memastikan laman web mereka sentiasa aktif dalam usaha memberi maklum balas kepada aduan orang ramai dan sebagainya. — Bernama