Saturday, July 31

Zon Undop juara

0

SRI AMAN: Pasukan Zon Undop muncul juara setelah menewaskan pasukan Zon Engkilili 1-0 pada perlawanan akhir Piala Perak Yayasan Sarawak 2011 bagi kategori bawah 11 tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman, di sini baru-baru ini.

Kemenangan itu menyusuli kejayaan mereka mengungguli pertandingan bawah 12 tahun di Lubok Antu pada Mac lalu.

Pertandingan disertai enam buah pasukan bola sepak yang membabitkan zon-zon seperti Undop, Sri Aman, Lingga, Lubok Antu, Engkilili dan Pantu.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Jamit Ajok.