Jambatan rentangi Sungai Pandaruan rapatkan lagi

0

Malaysia-Brunei: PMBANDAR SERI BEGAWAN: Pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Pandaruan yang menghubungkan Limbang di Malaysia dan Temburong di Brunei pada tahun ini dengan kos RM25 juta akan mengeratkan lagi hubungan antara Brunei dan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jambatan itu akan memudahkan kesalinghubungan antara Brunei, Sabah dan Sarawak.

“Pihak Brunei berminat untuk adakan majlis peletakan batu asas secepat mungkin. Saya harap projek ini dapat berjalan se-gera,” katanya kepada pem- berita pada akhir lawatan beliau sempena rundingan tahunan de-ngan Sultan Brunei di sini semalam.

Pembinaan jambatan itu merupakan antara perkara yang diputuskan untuk dilaksanakan sewaktu rundingan tahunan antara Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dengan Perdana Menteri di Istana Nurul Iman malam kelmarin.

Perdana Menteri juga berkata, Brunei dan Malaysia akan meningkatkan kerjasama dalam bidang maritim terutama yang me-libatkan kawasan tangkapan ikan nelayan-nelayan tradisional.

“Kita tak nak menyusah- kan nelayan kedua-dua negara,” katanya. — Bernama